Cari @ Amanz

Oppo kini hadir dengan sebuah lagi peranti baharu untuk siri A mereka. Melaluinya, Oppo A56 5G telah diperkenalkan di pasaran China. Oppo juga dilihat mengambil pendekatan untuk meminjam sejumlah elemen daripada model terdahulu. Di mana, peranti ini menggunakan rekaan yang menyerupai Oppo A55 4G pada panel belakang. Kemudian, spesifikasi utama pula kebanyakannya mirip dengan Oppo A55 5G.

Untuk lebih khusus, cip yang digunakan adalah MediaTek Dimensity 700. Ia kemudiannya dipadankan dengan memori 6GB RAM (LPDDR4x) dan storan dalaman 128GB (UFS2.1). Seterusnya, skrin pula sejenis LCD berukuran 6.5-inci yang menyokong resolusi HD+ (1600 × 720 piksel) dan kadar segar semula standard 60Hz. Tetapan kamera peranti terdiri dengan 13MP + 2MP, manakala kamera swafoto pula adalah sebesar 8MP.

Tidak ketinggalan, bateri berkapasiti 5,000mAh turut menjadi titik jualan pada peranti, tetapi ia hanya menyokong pengecan 10W. Lain-lain spesifikasi termasuklah – peranti menjalankan ColorOS 11.1 berasaskan Android 11, dilengkapi pengimbas cap jari sisi, port sambungan USB-C, Bluetooth 5.1, bicu audio 3.5mm dan banyak lagi. Di China, Oppo A56 5G dijual pada RMB1,599 (~RM1,040).

Sumber : Oppo China

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd