Redmi Watch 2 Lite Hadir Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 10 Hari

Diterbitkan pada Okt 31, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selain daripada Redmi Smart Band Pro, satu lagi peranti boleh pakai daripada Redmi turut sama tersenarai di laman sesawang rasmi Mi Global. Dikenali sebagai Redmi Watch 2 Lite, rekaan dan penawaran spesifikasinya adalah lebih kurang sama dengan Redmi Watch 2. Tetapi sedikit berbeza untuk sokongan saiz skrin, jumlah mod sukan dan ketahanan bateri.

Redmi Watch 2 Lite dilengkapi skrin bersaiz 1.55-inci LCD dengan resolusi 320 x 360 piksel. Bateri disertakan adalah sebesar 262mAh dengan ketahanan sehingga 10 hari dalam mod penggunaan biasa, 5 hari dalam mod penggunaan berat atau sehingga 14 jam sekiranya fungsi GPS diaktifkan.

Ia juga menyokong sehingga 100 mod sukan berbeza yang mana 17 daripadanya terdiri dengan senaman jenis profesional. Tidak ketinggalan, ia juga menawarkan sejumlah sensor penjejak kesihatan, sokongan rintangan air sehingga 5ATM.

Spesifikasi lain termasuk menyokong fungsi GPS + GLONASS, Galileo, BeiDou, kawalan untuk pemain muzik dan banyak lagi. Terdapat enam pilihan warna yang disediakan seperti Ivory, Black, Blue, Pink, Olive, Brown. Buat masa ini, ia sekadar disenaraikan sahaja dan tiada sebarang maklumat berkaitan harga yang ditemui.

Sumber : Xiaomi Global

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami