“Labs” Adalah Program Untuk Pelanggan Twitter Blue Uji Ciri Baharu Lebih Awal

Diterbitkan pada Nov 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jun lalu, Twitter akhirnya memperkenalkan pelan langganan bulanan mereka Twitter Blue. Pengguna Twitter jika inginkan fungsi Undo Tweet, Bookmark folder, mod membaca bebenang dan beberapa ciri kustomasi tambahan perlu membayar sekitar RM12.90 sebulan.

Baru-baru ini, khusus untuk pelanggan Twitter Blue – Twitter memperkenalkan Labs untuk mencuba secara eksklusif ciri dan fungsi baharu lebih awal dari pengguna biasa. Untuk ujian awal ini, Twitter memperkenalkan ujian menyemat mesej peribadi dan juga khusus untuk pengguna desktop kemampuan muat naik video 10 minit.

Walaupun fungsi-fungsi ini kelihatan menarik, ia kebanyakannya sudah lama ada pada aplikasi pihak ketiga berbayar dan premium sebelum ini. Selepas pengehadan penggunaan API Twitter, aplikasi-aplikasi ini menjadi semakin tidak seronok digunakan dan kini secara perlahan Twitter mengimplementasikan dalam pakej langganan berbayar.

Adakah anda sanggup bayar RM12.90 sebulan untuk ciri-ciri eksklusif ini?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami