Yahoo Pula Menarik Diri Dari China

Diterbitkan pada Nov 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Yahoo minggu ini mengumumkan penarikan diri dari China kerana cabaran persekitaran perniagaan dan undang-undang yang semakin mencabar di negara tersebut. Dengan penarikan ini, Yahoo mengikuti langkah LinkedIn yang menarik diri dari China pada pertengahan Oktober lalu.

Tindakan yang diambil Yahoo tidak mengejutkan kerana bekas kuasa besar Internet ini sudah mengecilkan operasi di China sejak hampir sedekad yang lalu. Perkhidmatan emel dan berita telahpun dihentikan sejak 2013 dan ibu pejabat di China ditutup dua tahun selepas itu. Yahoo sudahpun memasuki pasaran China sejak 1999.

Kerajaan China mula mengetatkan kawalan terdapat operasi syarikat atas talian sejak dua tahun kebelakangan ini. Undang-undang baharu yang memerlukan syarikat bekerjasama dengan permintaan kerajaan dikuatkuasakan. Ini termasuk memaksa syarikat melakukan halangan ke atas waktu pengguna bawah umur mengakses perkhidmatan dan mengharamkan amalan mendewakan selebriti.

Sumber SCMP

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami