Selepas hadir dengan penawaran Infinix Note 11 dan Infinix Note 11 Pro, terbaharu syarikat telefon pintar yang berpangkalan di Hong Kong ini hadir dengan sebuah lagi model baharu di bawah siri berkenaan. Dikenali sebagai Infinix Note 11S, ia menampilkan sejumlah aspek besar yang sama dengan versi pro. Perbezaan ketara hanya terletak pada sokongan kamera utama sahaja.

Untuk spesifikasi khusus, Infinix Note 11S dilengkapi skrin 6.95-inci IPS LCD beresolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Helio G96, memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri pula adalah sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan 33W SuperCharge.

Tetapan kamera utama adalah 50MP + 2MP (kedalaman) + 2MP (makro). Ia berbeza dengan versi pro yang dilengkapi sensor utama 64MP. Seterusnya, kamera hadapan kekal sama iaitu 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah – menjalankan XOS 10 berasaskan Android 11, bicu audio 3.5mm, port sambungan USB-C dan sebagainya. Infinix Note 11S dijual pada harga bermula THB6,999 (RM886).