Cari @ Amanz

Spotify pagi ini mengumumkan pengambil alihan syarikat bukau audio Findaway. Ini ialah satu lagi petanda bahawa Spotify ingin menjadi platform kepada buku audio terbesar selepas mendominasi perkhidmatan penstriman muzik dan juga podsiar.

Nilai yang dibayar oleh Spotify untuk mengambil alih Findaway masih belum diperincikan lagi tetapi akan diselesaikan pada suku keempat 2021. Selain menjadi platform mendengar buku audio, Spotify pastinya akan menjadi platform untuk membeli buku audio dan membenarkan pengguna memuat naik buku audio sendiri bagi menjadi pendapatan.

Sebelum ini Spotofy menawarkan beberapa karya klasik dalam bentuk buku audio dan menawarkan 500,000 buku audio dari Storytel. Adakah anda berminat untuk melanggan kepada perkhidmatan buku audio pula di masa terdekat menerusi Spotify?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd