Netflix mula mengumumkan ciri Play Something pada bulan April lalu untuk televisyen. Ciri ini apabila digunakan akan memainkan kandungan secara rawak berdasarkan minat pengguna. Ia kemudiannya diedarkan kepada pengguna iOS dan Android.
Terkini, Amazon mengumumkan yang pengguna Fire TV tidak kiralah dongel atau kotak set – sudah boleh menggunakan Alexa untuk mengarahkan Netflix mainkan sesuatu dengan menyeru “Alexa, Play Something“.
Walaupun Fire TV tidak hadir ke pasaran Malaysia secara rasmi, tetapi ramai sahaja pengguna platform ini di Malaysia berdasarkan pemantauan kami. Alexa pula sejak hadir dengan aplikasi tersendiri secara global, turut boleh digunakan di Malaysia.
Jadi, bagi mereka yang ada menggunakan mana-mana peranti Fire TV anda boleh mencuba ciri ini jika sudah bosan dan tidak tahu ingin tonton kandungan apa di Netflix.