Netflix Mengaktifkan Ciri Play Something dan Fast Laughs Pada Peranti Android

Diterbitkan pada Okt 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Netflix hari ini mengaktifkan dua ciri baharu kepada pengguna peranti Android. Ciri pertama ialah Play Something yang membolehkan Netflix memainkan kandungan secara rawak berdasarkan tontonan pengguna yang terdahulu. Sebelum ini ciri ini hanya diberikan kepada pengguna televisyen pintar sahaja dengan ujian skala kecil pada sebilangan pengguna Android. Ciri ini akan diuji pada peranti iOS dalam masa terdekat.

Seterusnya ialah ciri Fast Laugh yang memainkan klip jenaka pendek seakan TikTok dari kandungan-kandungan yang ditawarkan dalam platform. Sebelum ini ia ditawarkan kepada pengguna iOS di Amerika Syarikat, Australia dan UK sahaja. Fast Laugh boleh diakses pengguna Android di Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Ireland, India, Malaysia, Filipina, dan UK.

Akhir sekali Netflix mengesahkan ciri Downloads for You akan turut diberikan kepada peranti iOS bermula bulan hadapan. Ciri ini memuat turun kandungan yang mungkin ingin ditonton secara automatik di luar talian berdasarkan sejarah tontonan pengguna. Selama ini ia hanya diberikan kepada pengguna Android.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami