Sebuah lagi peranti di bawah siri Galaxy A03 dilancarkan hari ini. Samsung Galaxy A03 mengekalkan skrin 6.5″ IPS LCD HD+, cip lapan teras, memori sehingga 4GB, storan sehingga 128GB dan bateri sebesar 5000 mAh.

Kamera utama dilengkapi sensor 48MP dengan sensor kedalaman 2MP. Di hadapan pula kamera swafoto 5MP melengkapi spesifikasi peranti dan diletakkan di dalam takuk Infinity-V. Dengan ini siri A03 terdiri daripada Galaxy A03s yang dilengkapi tri-kamera utama dan Galaxy A03 Core dengan dwi-kamera. Tidak diketahui cip lapan apakah yang digunakan pada waktu ini. Samsung menwarkan Galaxy A03 dalam warna merah, hitam dan biru tetapi harga masih lagi misteri.