Carian
Meta Diarahkan Menjual Semula Giphy Oleh Lembaga Persaingan UK
November 30, 2021 Effi Saharudin

Lembaga Persaingan dan Pasaran (CMA) United Kingdom mendapati pembelian Giphy oleh Meta pada Mei tahun lalu mewujudkan amalan anti persaingan. Oleh itu Meta kini perlu menjual semula Giphy kerana pengambil alihan akan menyebabkan berkurangnya persaingan antara platform media sosial dan meningkatkan pegangan Meta yang telahpun dominan pada waktu ini.

Meta dilihat boleh menghalang laman media sosial lain dari mengakses Giphy sekaligus menyebabkan pengguna pergi ke platform media sosial milik Meta yang akan hanya menguntungkan mereka. Syarikat lain juga mungkin perlu berkongsi lebih banyak data pengguna dengan Meta untuk terus diberikan akses. Facebook masih belum memberikan kenyataan rasmi mengenai keputusan CMA ini.

Komen