Pemalam Ini Boleh Mengembalikan Angka Dislike Pada YouTube

Diterbitkan pada Dis 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jika anda tonton video di YouTube sekarang, anda akan sedari yang pada butang tidak suka/dislike tiada lagi jumlah angka dipaparkan. Ia adalah satu perkara yang YouTube telah uji lama dan akhirnya mengimplementasikan secara lalai.

Tidak ramai yang menggemari perkara ini, sama ada di kalangan penonton mahupun pencipta kandungan. Ramai yang inginkan angka dislike dipaparkan kerana ia menentukan corak penggunaan YouTube sama ada ingin tonton atau tidak.

Terkini, anda boleh cuba paparkan kembali jumlah angka dislike di YouTube dengan satu pemalam khas untuk pelayar web Chrome. Anda juga boleh cuba memasangnya pada Edge.

Pemalam Return YouTube Dislike ini menggunakan data API umum yang ada tersembunyi di laman YouTube. YouTube hanya membuang jumlah angka ini, tetapi angka ini masih boleh dilihat oleh pencipta kandungan dan masih wujud untuk tujuan analisis pendapatan dan sebagainya.

Perkara ini boleh berubah pada bila-bila masa dan YouTube boleh sahaja menghalang akses penggunaan pemalam ini. Buat masa ini tidak pasti berapa lama ia akan bertahan, tetapi untuk yang ingin lihat jumlah angka video tidak disuka – ini jalan penyelesaian sementara.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami