Aplikasi SELangkah Dikemaskini Dan Menambah Sokongan Dompet Digital – Selangkah Wallet

Diterbitkan pada Dis 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Aplikasi SELangkah merupakan salah satu aplikasi yang tidak asing bagi para pengguna di Selangor. Ketika PKP tempoh hari, aplikasi SELangkah digunakan dalam melakukan daftar masuk lokasi, pengecaman kontak, penyampaian informasi, selain turut mengintegrasikan ciri kesihatan seperti vaksin dan sebagainya.

Terbaru, kini aplikasi Selangkah turut dikemaskini dan menyertakan sokongan dompet digital, dinamakan Selangkah Wallet.

Selangkah Wallet ini dijana melalui Kipple, dan ingin menjadi medium setempat untuk pelbagai perkara melibatkan transaksi kewangan – daripada melakukan pembayaran, sehinggalah kepada penerimaan bantuan. Penggunaan Selangkah Wallet untuk bantuan juga dijangka akan mengurangkan ketirisan berlaku, dan menjadikan sistem lebih terurus.

Sementara untuk para pekedai pula, mereka boleh menggunakan Selangkah Wallet dalam menerima bayaran untuk jual-beli, sekaligus memudahkan pengurusan kewangan.

Bagi anda yang menggunakan Selangkah, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan menikmati ciri Selangkah Wallet.

Muat-Turun Selangkah

komen


© Amanz / 2022 Kami