Mahkamah Membenarkan Apple Menangguh Penawaran Sistem Pembayaran Alternatif Di App Store

Diterbitkan pada Dis 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebelum ini mahkamah mengarahkan Apple untuk membenarkan pembangunan aplikasi untuk menawarkan pembayaran alternatif di luar App Store menjelang 9 Disember. Tetapi di saat akhir, mahkamah rayuan membenarkan Apple untuk hanya membenarkan sistem pembayaran mereka sahaja di App Store sahaja sehinggalah kes saman Epic Games berakhir.

Kebenaran diberikan untuk sementara waktu bagi membolehkan mahkamah mendengar hujah yang lebih lengkap dar Apple. Sebelum ini Apple berkata sekiranya pembayaran alternatif dibenarkan di App Store, ia mungkin mendatangkan risiko keselamatan dan privasi kepada pengguna.

Mahkamah

Sungguhpun begitu mahkamah masih mengarahkan Apple untuk membenarkan pembangun aplikasi untuk menghubungi pelanggan secara terus. Selama ini hanya Apple boleh berhubung dengan pelanggan dan ini menimbulkan kemarahan sesetengah pembangun yang mengatakan ia adalah amalan yang tidak adil.

Di Korea Selatan Apple dan Google diarahkan untuk membenarkan pembayaran alternatif menerusi RUU yang baru diluluskan. Sungguhpun begitu Google masih terus mengambil potongan bayaran langganan tetapi pada peratusan yang lebih rendah.

Sumber New York Times

komen


© Amanz / 2022 Kami