Cari @ Amanz

Lenovo Smart Wireless Earbuds telah dilancarkan di Malaysia semalam serentak dengan tablet Tab P11 Pro dan komputer Yoga 7 Slim. Fon telinga ini hadir dengan ciri pembatalan hingar adaptif serta kemampuan kalis air IPX4.

Putik audio menggunakan pemandu audio sebesar 11mm dengan terdapat ciri standard kawalan sesentuh pada bahagian tangkai. Enam buat mirkrofon pula digunakan untuk menyokong sistem ANC. Dengan sekali caj Lenovo Smart Wireless Earbuds boleh beroperasi sehingga 7 jam atau sehingga 28 jam dengan bantuan pod pengecas. Pod pengecas boleh dicas semula menggunakan port USB-C tetapi tiada sokongan pengecasan nirwayar.

Antara ciri menarik yang disokong ialah ciri tambatan pantas pada peranti Android dan Windows serta sambungan kepada dua peranti secara serentak. Di Malaysia Lenovo Smart Wireless Earbuds dijual pada harga RM299 sepasang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd