Luno Malaysia sedia berkongsi beberapa perancangan mereka untuk tahun 2022. Antaranya adalah pengenalan lebih banyak kriptowang baharu, selain kebolehan syarikat dan organisasi membuka akaun pada Luno.
Pada masa yang sama, Luno turut berkongsi mengatakan kelak mereka turut akan menambah sokongan bahasa Malaysia pada tahun 2022 kelak, sekaligus memudahkan lebih ramai pengguna tempatan selesa menggunakannya.
Pada hari ini, Luno ditawarkan dalam bahasa Inggeris sahaja pada aplikasi. Selain pada aplikasi, Luno juga mengatakan mereka telah mula menggunakan bahasa Malaysia ketika dalam sesi latihan dan perkongsian melibatkan kriptowang di Malaysia.