Carian
Kerajaan Sasar Pengenalan Sistem Tol Aliran Bebas Tanpa Palang Seawal 2026
December 12, 2021 Aman

PLUS kini berkongsi mengatakan mereka menyasarkan pengenalan sokongan RFID di setiap plaza tol pada awal 2022 kelak. Selari dengannya juga, pihak PLUS mengatakan kerajaan telah menetapkan sasaran pengenalan lebuhraya bebas palang tol menjelang 2026 kelak.

Dengan pengenalan sistem tol aliran bebas tanpa palang tol ini, ia dijangka akan dapat mengurangkan kesesakkan pada plaza tol, selain memudahkan lagi pergerakkan kenderaan ketika keluar dan masuk ke lebuhraya.

Selari dengan langkah berkenaan, plaza tol kini telah mula dilengkapi dengan sistem RFID untuk imbasan pembayaran, selain PLUS turut menambah pengecaman nombor plat kenderaan automatik untuk memudahkan lagi pengurusan. Pada hari ini, sistem yang dibangunkan oleh PLUS membolehkan kenderaan bergerak pada kelajuan sehingga 30km/j, dan dijangka akan terus ditambah-baik dari hari ke hari.

Di Singapura, sistem lebih kurang sama digunakan dan menawarkan pengecaman kenderaan pada kelajuan sekitar 45km/j ke 60km/j di lebuhraya.

Selari dengan perkara ini juga, GreenPacket telah mengatakan sebelum ini mereka akan menguji konsep sistem tol aliran bebas tanpa palang pada awal tahun 2022 ini.

Komen