Peranti Skrin Boleh-Lipat Apple Dijangka Hanya Muncul Pada Tahun 2024

Diterbitkan pada Dis 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Terdapat pelbagai laporan bahawa Apple berminat untuk melancarkan peranti skrin boleh-lipat seakan Galaxy Fold mereka. Malahan kami sendiri pernah melaporkan bahawa peranti prototaip dengan skrin Samsung telah dihasilkan untuk diuji. Persoalannya bilakah iPhone boleh-lipat ini akan tiba ke tangan pengguna? Menurut penganalisa skrin Ross Young, ini hanya berlaku pada tahun 2024.

Pelancaran dijangka dilakukan setahun lebih lewat dari ramalan asal. Pada tahun yang sama Apple juga dijangka akan melancarkan iPad dan MacBook dengan skrin OLED. Apple mungkin mengambil langkah menanti terlebih dahulu bagi memastikan teknologi skrin boleh-lipat menjadi lebih matang. Teknologi semasa masih lagi mempunyai kesan lipatan pada skrin serta tidak tahan lasak seperti skrin OLED dengan permukaan kaca.

Tahun ini Samsung masih mendominasi pasaran peranti skrin boleh-lipat dengan Galaxy Z Flip3 mendapat perhatian ramai kerana rekaannya yang cukup bergaya. Ross Young mempunyai rekod yang bai dalam meramalkan penggunaan teknologi skrin sebelum ini. Jadi bagi mereka yang ingin peranti skrin boleh-lipat pertama Apple ia akan muncul dalam masa dua tahun sahaja lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami