Apple Dilaporkan Sedang Menguji iPhone Dengan Skrin Boleh Lipat

Apple Dilaporkan Sedang Menguji iPhone Dengan Skrin Boleh Lipat

Diterbitkan pada Nov 17, 2020 oleh .

Sejak tahun 2016 lagi Apple sudah dilaporkan sedang bersedia untuk peranti dengan skrin boleh lipat. Ada laporan yang menyatakan Apple sedang bekerjasama dengan LG, Samsung juga ada tawarkan teknologi skrin mereka dan Apple turut mermpunyai paten teknologi mereka sendiri untuk tujuan perlindungan. Paten iPhone dengan skrin boleh lipat ini telah didaftarkan sejak 2017 dan pada tahun 2018, Apple dilaporkan akan hadir dengan peranti dalam masa beberapa tahun lagi.

Konsep yang pernah diperlihatkan sebelum ini kelihatan menarik dengan rekaan seakan iPhone 5. iPhone 12 sudah pun dilancarkan dengan rekaan berkotak, adakah konsep ini akan menjadi realiti. Cuma menjadi persoalan, adakah ia akan mengikut rekaan Surface Duo yang juga sedikit berkotak atau seakan Samsung yang skrinnya adalah besar dan berterusan. Baru-baru ini, ada laporan dari China mendakwa Apple sedang menguji iPhone dengan skrin boleh lipat di kilang Taiwan. Laporan ini menyatakan, Apple sedang menguji untuk memilih panel OLED atauoun mini-LED.

Hon Hai dan Shin Nikko dilaporkan akan menjadi antara pembekal untuk produk ini. Apple turut dikatakan akan menghentikan iPad Mini sejurus produk ini dilancarkan. Ini bermakna, iPhone dengan skrin boleh lipat berkemungkinan akan menjadi pengganti iPad Mini yang lebih premium.



Paling Popular