LG, Apple, Microsoft Dan Google Bekerjasama Untuk Menghasilkan Skrin OLED Boleh Lipat
LG

LG, Apple, Microsoft Dan Google Bekerjasama Untuk Menghasilkan Skrin OLED Boleh Lipat

Diterbitkan pada Dis 19, 2016 oleh .

Adakah peranti dengan skrin boleh dilipat akan hadir dalam masa terdekat? Samsung dipercayai sedang memperincikan peranti Project Valley mereka dan rekaan peranti misteri ini tertiris beberapa minggu yang lalu. Penggunaan skrin boleh lipat mungkin akan mengubah landskap peranti mudah alih seperti skrin sesentuh sedekad yang lalu.

LG, salah satu kuasa besar pengeluaran skrin OLED dilaporkan menandatangani kerjasama dengan Apple, Microsoft dan Google untuk menghasilkan skrin OLED boleh lipat pada tahun 2018. Ini petanda awal Apple, Microsoft dan Google mungkin dalam proses penghasilan peranti boleh lipat mereka sendiri.

Selain LG dan Samsung, Oppo turut membangunkan teknologi skrin lipat. Menyedari kemungkinan bekalan panel OLED yang terhad, Huawei, Oppo dan Vivo turut bekerjasama untuk menghasilkan panel mereka sendiri.


TIPS & ULASAN