NSO Group Dilaporkan Ingin Menjual Unit Pegasus Yang Bermasalah

Diterbitkan pada Dis 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

NSO Group ialah syarikat yang menghasilkan perisian Pegasus yang telah digunakan untuk mengintip ahli politik, aktivis dan wartawan. Kerana penggunaannya dalam kes berprofil tinggi, NSO Group telah disaman oleh Apple dan WhatsApp kerana ia melanggar privasi pengguna.

Menurut laporan Bloomberg, kerana pelbagai masalah yang diakibatkan oleh Pegasus, NSO Group kini bercadang untuk menutup unit Pegasus dan menjualnya kepada pelabur di Amerika Syarikat. Syarikat juga berhadapan dengan bebanan hutang $500 juta yang mengancam masa depan. Dengan Pegasus dijual syarikat dapat menyelesaikan masalah disaman dan pada waktu yang sama mendapat dana untuk meneruskan perniagaan.

Masalah lain yang dihadapi oleh syarikat ialah mereka dimasukkan ke dalam senarai entiti oleh Amerika Syarikat kerana ia dilihat mengancam keselamatan negara sama seperti yang berlaku kepada Huawei.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami