Carian
Huawei Mengacah Cermin Mata Pintar Terkini Dengan HarmonyOS
December 17, 2021 Effi Saharudin

Huawei akan mengadakan acara khas pada 23 Disember ini untuk melancarkan Huawei P50 Pocket dan beberapa lagu produk baharu mereka. Kini sebuah lagi video acah telah dikongsi memberikan petunjuk cermin mata pintar generasi baharu mereka juga akan dilancarkan pada acara yang sama.

Seperti cermin mata pintar mereka sebelum ini, terdapat sistem pembesar suara terbina pada bahagian tangkai dan pad sesentuh. Berdasarkan video yang dikongsi, masih tiada sistem paparan hologram terbina pada lensa seperti pada Oppo Air Glass yang dilancarkan beberapa hari yang lalu. Sistem operasi yang disokong pula ialah HarmonyOS. Ia akan ditawarkan dalam dua warna iaitu hitam dan lutcahaya. Maklumat lebih lanjut pastinya akan diketahui pada 23 Disember kelak.

Sumber Sparrownews

Komen