Apple Dilaporkan Turut Ingin Membangunkan Cip WiFi Dan Bluetooth Sendiri

Diterbitkan pada Dis 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejak setahun lalu Apple mula menggunakan cip pemproses keluaran sendiri pada komputer Mac mereka. Hasilnya ialah peningkatan prestasi yang mendadak tetapi dengan pengurangan haba dan penjimatan penggunaan bateri dapat dinikmati menerusi cip Apple Silicon. Kini menurut laporan Bloomberg, Apple ingin turut membangunkan cip WiFi dan bluetooth mereka sendiri.

Apple iPhone Bedah Modem

Pada waktu ini cip dari Broadcom dan Skyworks digunakan oleh Apple untuk menyokong sambungan WiFi dan bluetooth. Isu melibatkan rantaian pembekal Broadcom tahun ini menyebabkan pengeluaran peranti mereka terganggu. Denan cip kendiri, Apple boleh mengawal komponen dengan lebih ketat sekaligus mengelakkan isu bekalan dari berlaku lagi di masa hadapan.

Selain cip WiFi dan bluetooth, Apple masih belum menghentikan usaha membangunkan cip 5G mereka sendiri dengan ia dijangka digunakan bermula 2023. Mereka terpaksa menggunakan cip Qualcomm sebagai sebahagian daripada penyelesaian kes saman paten modem beberapa tahun yang lalu.

komen


© Amanz / 2022 Kami