Carian
Apple Membayar RM18 Bilion Kepada Qualcomm Bagi Menyelesaikan Kes Saman Paten
May 2, 2019 Effi Saharudin

Pertelagahan bayaran royalti terhadap penggunaan paten yang dipegang oleh Qualcomm telah diselesaikan oleh Apple di luar mahkamah selepas berlarutan selama dua tahun. Apple bersetuju membayar kesemua tunggakan royalti serta menandatangani perjanjian penggunaan paten selama 6+2 tahun. Yang menjadi misteri ialah berapakah royalti yang telah dibayar oleh Apple kepada Qualcomm.

Misteri akhirnya terjawab di dalam laporan kewangan Q2 2019 yang diterbitkan oleh Qualcomm. Di dalam dokumen tersebut Apple akan membayar royalti berjumlah diantara $4.5-$4.7 bilion (~RM18.61-RM19.44 bilion), Ini adalah lebih rendah berbanding ramalan oleh UBS iaitu $5-6 bilion (~RM 21-25 bilion). Kes mahkamah telah diselesaikan dan kini iPhone yang menyokong 5G dipercayai akan dilancarkan dengan modem Qualcomm seawal 2020.

Komen