Cari @ Amanz

Apple dan Qualcomm bersetuju menyelesaikan pertelagahan berkenaan royalti mereka yang sudah berlarutan selama dua tahun pada minggu ini. Pertelagahan ini berkisar mengenai pembayaran royalti modem dan beberapa paten yang dipegang oleh Qualcomm. Tiada kenyataan rasmi mengenai bayaran yang dibayar oleh Apple kepada Qualcomm bagi menyelesaikan kes di luar mahkamah.

Qualcomm Snapdragon X50Menurut laporan CNBC yang memetik sumber penganalisa dari UBS, Apple dipercayai membayar di antara $5-6 bilion (~RM 21-25 bilion) kepada Qualcomm dalam bayaran royalti yang telah lama tertunggak. Disamping itu, kedua-dua syarikat turut telah bersetuju untuk melakukan pelesenan pada peringkat global, selain persetujuan untuk pembekalan cipset. Kesan jangka pendek yang dilihat ialah Intel terus menutup perniagaan modem 5G telefon pintar mereka kerana iPhone akan menggunakan modem keluaran Qualcomm selepas ini.

Apple turut dipercayai membayar sehingga $9 (~RM 36) kepada Qualcomm untuk setiap iPhone dalam pembayaran paten. Ini adalah peningkatan dari persetujuan $7.5 (~RM 32) untuk setiap iPhone sebelum ini. Apple dan Qualcomm saling memerlukan satu sama lain. Seperti yang dapat dilihat sebelum ini, Apple masih meneruskan perniagaan dengan Samsung untuk komponen walaupun menyaman syarikat Korea tersebut kerana meniru rekaan iPhone. Seperti kes saman Qualcomm, persetujuan luar mahkamah telah dilakukan dengan Samsung.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd