Huawei P50 Pocket Mungkin Menggunakan Kirin 9000

Diterbitkan pada Dis 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei P50 Pocket bakal dilancarkan secara rasmi pada 23 Disember ini. Ia adalah peranti boleh lipat dengan tubuh clamshell daripada Huawei. Peranti ini juga dijangka bakal bersaing dengan Samsung Galaxy Z Flip 3. Di samping, turut dikhabarkan mensasarkan kepada golongan wanita dan gaya hidup menerusi elemen mewah yang digunakan pada padanya.

Menjelang pelancaran rasmi, beberapa spesifikasi utama peranti telah tertiris menerusi perkongsian MyDrives. Laporan berkenaan mendedahkan Huawei P50 Pocket mungkin dijana oleh cip Kirin 9000. Sungguhpun begitu, malangnya peranti dikatakan sekadar menyokong rangkaian 4G sahaja.

Seterusnya, peranti juga akan menampilkan paparan berukuran 6.8-inci apabila dibentangkan dan paparan sekunder berbentuk bulat bersaiz 1-inci. Paparan sekunder ini boleh digunakan untuk paparan panggilan masuk, cuaca semasa dan sebagainya. Namun begitu, tiada sebarang info lanjut berkaitan rekaan pada paparan utama yang digunakan.

Di samping itu, Huawei Pocket 50 juga dikhabarkan hadir dengan sensor utam 50MP bersama sensor IMX766. Bersama-sama dengannya, ia turut dipadankan dengan sensor 13MP untuk sudut lebar dan 8MP untuk tujuan telefoto dengan kemampuan zum optik mencapai 3X. Antara fungsi lain yang turut disokong adalah bateri 4,100mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W dan panel belakang yang dihiasi corak berlian tiga dimensi.

Huawei P50 Pocket mungkin dijual dengan tanda harga lebih rendah berbanding Samsung Galaxy Z Flip 3. Di mana, ia dijangka dipasarkan dengan tanda harga $999 (~RM4,221) untuk seunit. Benar atau tidak, sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya kelak. Bersama-sama dengannya, Huawei turut akan mengemaskini rangkaian produknya yang lain menerusi Huawei MateBook generasi baharu, cermin mata pintar dan sebagainya.

komen


© Amanz / 2022 Kami