Jualan Google Home Mini Dihentikan

Diterbitkan pada Dis 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google Home Mini ialah speaker pintar kedua dilancarkan oleh Google. Selepas empat tahun, Google akhirnya menghentikan jualan Home Mini menerusi laman rasmi mereka. Speaker pintar ini sebenarnya telahpun digantikan dengan Nest Mini yang dilancarkan pada tahun 2019.

Jadi penghentian jualan mungkin adalah kerana Google akhirnya berjaya menghabiskan stok lama yang tidak terjual selama ini. Google Nest Mini ialah versi yang dipertingkatkan dengan speaker dan perkakasan lebih baik. Ini bermakna anda tidak perlu risau mencari model alternatif dengan rekaan bersaiz kompak di pasaran.

komen


© Amanz / 2022 Kami