Cari @ Amanz

Amazfit baru-baru ini telah melancarkan beberapa jam tangan pintar baharu, iaitu dalam siri GTR 3. Terdapat Amazfit GTR 3 Pro, GTR 3 dan GTS 3 yang dijual di Malaysia. Zepp dilihat cuba menjadikan jam tangan pintar asas menjadi lebih ke arah jam tangan pintar sebenar – seperti dengan Zepp OS dan pembantu digital Alexa.

Baru-baru ini Zepp dilihat telah mengedarkan kemaskini versi 8.26.3.1 kepada Amazfit GTR 3 Pro dengan sokongan aplikasi Go Pro Mini melalui gedung aplikasi Zepp (hanya versi Pro, yang mana lebih “pintar”). Selain itu pada muka jam kini ada indikasi status peranti dan sokongan kunci skrin melalui talam panel kawalan.

GTR 3 dilihat tidak mempunyai sebarang senarai log perubahan baharu. Tetapi dikatakan lebih kurang dengan Pro, tanpa sokongan gedung aplikasi Zepp dan Go Pro tadi. Untuk GTS 3 pula, kemaskini sudah pun diedarkan sejak Oktober lalu – melalui versi 7.30.3.1.

Secara tidak langsung Zepp menjadikan Amazfit GTR 3 Pro lebih dekat dengan jam tangan pintar sebenar dengan sokongan aplikasi pihak ketiga, gedung aplikasi dan ekosistem Zepp OS tersendiri. Adakah anda sudah menggunakan jam ini? Anda boleh beli Amazfit GTR 3 Pro di Shopee, Amazfit GTR 3 di Lazada dan Amazfit GTS 3 di Shopee.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd