Google Turut Menarik Diri Daripada Menghadiri Acara Fizikal CES 2022

Diterbitkan pada Dis 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

CES 2022 merupakan salah satu acara tahunan yang akan diadakan pada setiap Januari, dan memfokuskan kepada pengenalan pelbagai peralatan elektronik kepada pengguna.

Apa pun, disebabkan oleh penularan variasi Omicron akhir-akhir ini, pelbagai syarikat sedang melihat kembali kepada kehadiran mereka ke acara tahunan berkenaan.

Selepas nama besar seperti Lenovo dan lain-lain menarik diri, Google kini turut mengesahkan akan menarik diri daripada kehadirian fizikal bagi acara CES 2022.

Dengan hal ini, tiada sebarang jerayawara atau kehadiran fizikal Google akan dilihat pada acara berkenaan.

Apa pun, buat masa ini, penganjur CES masih dilihat akan meneruskan acara tahunan berkenaan pada 5 ke 8 Januari ini, di Las Vegas.

komen


© Amanz / 2022 Kami