Cari @ Amanz

Xiaomi pada awal tahun ini telah mengumumkan penubuhan bahagian automotif, dengan fokus untuk memperkenalkan kenderaan elektrik tersendiri.

Xiaomi sedia menyasarkan pengenalan kenderaan elektrik mereka seawal 2024 kelak. Selari dengannya, Xiaomi telah melantik sejumlah jurutera dan ahli pasukan dalam pembangunannya.

Kini, Lei Jun dalam menjawab pertanyaan pengikut di media sosial, beliau sekali lagi menekankan kereta pertama Xiaomi bakal dilancarkan pada 2024 – tanpa sebarang kelewatan.

Untuk tujuan berkenaan, selain ahli pasukan dan jurutera, Xiaomi juga ingin membangunkan kilang yang mampu menghasilkan sekitar 300,000 buah kereta setahun.

Selain Xiaomi, pihak Apple turut sedang melihat ke arena pembangunan kenderaan dengan tempoh pengenalan sekitar tempoh sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd