Xiaomi 12 Turut Akan Dijana Dengan Cip Surge P1 Untuk Pengurusan Kuasa Tambahan

Diterbitkan pada Dis 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Empat tahun lalu, Xiaomi melancarkan MI 5c – sebuah telefon pintar dengan cip pemprosesan tersendiri Surge S1. Peranti ini menjadi perbualan hangat, kerana pertama kali Xiaomi menghasilkan cip sendiri, tetapi ianya peranti yang gagal dan pembangunan cip ini terus menjadi senyap.

Tahun ini, Xiaomi kembali memperkenalkan cip Surge baharu – Surge C1. Ia adalah ISP pula yang digunakan dalam Xiaomi MIX Fold. Cip ini┬ásekadar permulaan sahaja dalam menambah baik kualiti pengimejan mereka dan banyak lagi yang mereka rancang.

Terkini, Xiaomi mengesahkan yang Xiaomi 12 juga akan menggunakan cip pemprosesan tersendiri selain daripada menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 1. Cip ini adalah Surge P1. Cip ini dikatakan adalah untuk pengurusan kuasa dalam peranti.

Xiaomi 12 akan menggunakan bateri 4600mAh jenis satu sel dan juga pengecasan pantas 120W. Dengan cip ini, bateri ini boleh selamat berada dalam peranti dan pengecasan pantas juga akan berfungsi dengan baik. Ia adalah cubaan baharu untuk Xiaomi dengan satu sel, yang selama ini pengecasan pantas menggunakan dwi-sel.

Peranti ini akan menjalankan MIUI 13, menggunakan skrin 6.73-inci panel AMOLED Samsung E5, menyokong 120Hz, memori LPDDR5 dan storan dalaman UFS 3.1. Kamera pula adalah 50MP IMX707, 50MP telefoto dan 50MP sudut ultra lebar. Sama-sama kita nantikan 28 Disember ini untuk maklumat lanjut.

komen


© Amanz / 2022 Kami