Xiaomi 12X Diumumkan Dengan Cip Snapdragon 870 dan Skrin 120Hz

Diterbitkan pada Dis 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Secara mengejut, Xiaomi 12X turut dilancarkan hari ini sebagai model lebih mampu milik kepada Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Po. Peranti ini dilengkapi skrin 6.28″ AMOLED FHD+ 120Hz, dijana cip Snapdragon 870, memori sehingga 12GB LPDDR5, storan sehingga 256GB UFS 3.1 dan bateri pula sebesar 4500 mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W serta nirwayar 50W.

Kamera utama menggunakan sensor 50MP sudut lebar, 13MP ultra sudut lebar dan 5MP makro dengan sokongan penstabilan OIS. Sementara itu kamera hadapan pula adalah sebesar 32MP. Satu ciri yang tiada ialah pemfokusan CyberFocus seperti dua peranti Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Pro.

ia sebenarnya hanyalah sebuah Xiaomi 12 yang ditukar pemproses maka ia turut dilengkapi speaker stereo ditala Harman Kardon, menyokong Dolby Vision, audio Dolby Atmos, dan menggunakan sistem operasi MIUI 13 yang berasaskan Android 12 dan dilengkapi kaca Gorilla Glass Victus untuk lebih tahan lasak.

Di China Xiaomi 12X dijual pad harga bermula dari RMB 3199 (~RM 2100) untuk (8/128GB), RMB3499 (~RM 2297) untuk (8/256GB) dan RMB 3799 (~RM2493) untuk (12/256GB).

Sedang dikemaskini.

komen


© Amanz / 2022 Kami