Kini Anda Boleh Beli Aplikasi Dan Permainan Di Google Play Store Menggunakan ShopeePay
December 29, 2021
Google
Kewangan
Aman
Bersama-sama pengenalan integrasi Google Pay pada platform Shopee, menariknya kini Google turut menambah sokongan pembayaran menggunakan ShopeePay pada Google Play Store.
Dengan langkah ini, pengguna boleh melakukan pembelian aplikasi dan permainan di Google Play Store menggunakan kredit di ShopeePay.

Untuk menambah pembayaran menggunakan ShopeePay pada Google Play Store, anda hanya perlu ke Google Play Store, pilih tetapan, seterusnya Payment Method, dan pilih ShopeePay.

Selain ShopeePay, pihak Google juga sedia menambah ciri pembayaran menggunakan Touch n Go eWallet pada platform mereka sebelum ini.