Carian
Kemaskini MySejahtera Dengan Ciri “MySJ Trace” Kini Tersedia Untuk Pengguna iPhone
December 30, 2021 Aman

Selepas ditawarkan untuk pengguna peranti Huawei dan juga Android, kini pihak kerajaan telah pun turut mula menawarkan kemaskini MySejahtera baharu bersama ciri “MySJ Trace” untuk pengguna iPhone.

MySJ Trace menggunakan sokongan Bluetooth, dan digunakan dalam mengenal-pasti kontak rapat. Data direkodkan apabila peranti pengguna berselisih dengan peranti pengguna lain – sekaligus memudahkan lagi proses pengesanan kontak rapat.

Untuk menggunakan MySJ Trace, pengguna perlu menjalankan iOS 10 dan ke atas, selain mengemaskini aplikasi MySejahtera serta mengaktifkan ciri MySJ Trace ini.

Bersama-sama kemaskini ini juga, MySejahtera telah membuang butang “Check-Out” untuk daftar lokasi.

Komen