#LG

LG OLED EX Adalah Pesaing Mini-LED Yang Lebih Terang

Diterbitkan pada Dis 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Semalam telah kami laporkan yang LG tampil dengan tiga lagi konsep penggunaan skrin OLED lutsinar mereka sempena acara CES 2022. Ia adalah skrin OLED lutsinar sebenar untuk kegunaan di ruangan kedai. Panel Show Window yang bersaiz sebesar 55″ hadir dengan tahap lutsinar 40%.

Empat panel Show Window boleh digabungkan untuk memaparkan grafik yang lebih besar di tingkap kedai. Selain itu konsep digantung dari para-para daripada dua skrin OLED lutsinar yang boleh memaparkan video di atas misalnya dan di bawah pula memaparkan karya seni untuk hiasan.

Terkini, LG telah mengumumkan OLED EX sebagai pesaing kepada Mini-LED yang sedia ada. Ia mempunyai kecerahan yang lebih terang berbanding OELD biasa dan juga Mini-LED. OLED EX menggunakan kompaun deuterium untuk prestasi yang lebih stabil serta menggunakan algoritma tersendiri untuk penggunaan kuasa yang lebih pintar.

LG mendakwa ia mampu memberi kualiti imej yang lebih jitu, tiada kesan herotan pada warna, butiran adalah realistik dan rekaan televisyen adalah lebih nipis iaitu 4nm untuk saiz 65-inci. Tebal pula berjaya dikurangkan sehingga 30% memberikan estetik yang lebih menenangkan mata dan menyedapkan hati.

Masih tidak didedahkan lagi bila ia akan dipasarkan dan berapakah harga jualannya. Apa-apa pun, tidak terkejut jika ia hadir dalam segmen premium dengan harga puluhan ribu.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami