Cari @ Amanz

Kewujudan Vivo Y21T bukanlah sesuatu yang baru. Tetapi, hal ini telah dibincangkan sejak beberapa hari ini. Ia merupakan model kemas kini terkini untuk peranti Vivo di bawah siri Y dan dijangka tiba pada 3 Januari hadapan. Selepas reka bentuk peranti, kini giliran spesifikasi dalamannya pula tertiris sepenuhnya dalam satu imej tular.

Imej Pengolokan Tular

Ia menunjukkan peranti kelak hadir dengan skrin berukuran 6.58-inci LCD beresolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Seterusnya, ia juga dikatakan akan dilengkapi cip Snapdragon 680, GPU Adreno 610, memori 4GB RAM dengan memori maya 1GB dan storan dalaman 128GB bersama kebolehan ruang tambahan sehingga 1TB menerusi microSD. Hal ini seakan-akan mengiyakan ura-ura yang pernah tular sebelum ini.

Seterusnya, peranti juga akan menampilkan persediaan tiga kamera di belakang. Tetapannya terdiri dengan 50MP (utama) + 2MP (bokeh) + 2MP (makro), sementara itu kamera hadapan pula adalah sebesar 8MP. Bateri pula adalah sebesar 5000mAh dengan pengecasan 18W. Lain-lain spesifikasi yang menyokong adalah pengimbas cap jari sisi, menjalankan FunTouchOS 12 berasaskan Android 11, Bluetooth 5.0, port sambungan USB-C dan bicu audio 3.5mm.

Dapat dilihat dengan jelas peranti ini bakal menampilkan elemen seumpama sebuah Vivo Y33s. Pada masa sama, ia juga akan ditawarkan dalam beberapa pilihan warna berbeza seperti Midnight Blue dan Pearl White. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya berkaitan peranti.

Sumber : Gizmochina

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd