Carian
Rekaan Vivo Y21T Tertiris Menunjukkan Penggunaan Tri-Kamera Di Belakang
December 30, 2021 Amy Maizuraa

Vivo Y21T telah tertiris dalam satu laporan yang lepas. Peranti ini bakal menjadi kemaskini untuk model Vivo Y21 yang telah diumumkan di India sekitar bulan Ogos yang lalu. Reka bentuknya juga kini dikhabarkan telah tertiris dalam beberapa imej pengolokan yang tular di arena web.

Jelas kelihatan, peranti ini kelak akan menawarkan rekaan seumpama Vivo Y21 dan Vivo Y32. Melaluinya, ia akan menggunakan panel hadapan sejenis rata dengan rekaan bertakuk kecil. Menurut spekulasi awal, ia terdiri dengan panel sejenis IPS LCD bersama resolusi FHD+. Di samping itu, ia juga akan mempunyai kamera swafoto sebesar 8-Megapixel yang digunakan untuk tujuan tangkapan gambar dan panggilan video.

Bercakap mengenai panel belakang pula, ia menunjukkan modul kamera belakang berbentuk segi empat. Turut melengkapinya adalah sistem tri-kamera yang disusun dalam bentuk huruf L. Ia mungkin menampilkan sensor utama 50 Megapixel dan dua lagi sensor lain dengan konfigurasi 2-Megapixel. Dalam pada itu, imej dikongsi turut memperlihatkan peranti ini tersedia dalam dua pilihan warna seperti biru dan hitam.

Peranti ini dijangka diperkenalkan pada 3 Januari hadapan yang mana beberapa hari lebih awal sebelum pengenalan Vivo V23. Ia jugadijangka dilengkapi cip Snapdragon 680, bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan 18W, memori 4GB RAM dan storan dalaman 128GB dengan kebolehan memori tambahan menerusi kad mikroSD.

Sumber : MySmartPrice

Komen