Carian
Ulasan Google Pixel 6 | 6 Pro – Terpaling Pintar, Tetapi Prestasi Tercicir
January 3, 2022 Fahim Zahar

Pixel adalah antara jenama telefon pintar yang diminati oleh penggemar teknologi. Ini adalah kerana apa yang mereka mampu lakukan, seperti kamera yang bagus, perisian yang menarik serta menawarkan penggunaan yang ringkas tapi masih memuaskan untuk semua pengguna. Peranti ini berjaya memikat hati orang ramai sejak 2016 dan kini 2021 Google kembali berjaya memikat hati mereka dan juga menarik perhatian orang baru.

Walaupun begitu, sehingga hari ini Google masih tidak menjual Pixel di Malaysia. Sebab rasmi tidak pasti, tetapi walaupun tidak rasmi di Malaysia- ia masih dibeli oleh orang ramai walaupun harga mahal dan ada banyak masalah.

Selepas berminggu menggunakan Pixel 6 dan Pixel 6 Pro, ini adalah apa yang kami boleh kongsi berdasarkan pengalaman kami. Peranti ini tidak terkejut ada hebatnya, tetapi ia masih jauh tertinggal berbanding pesaing. Kenapa?


Spesifikasi Dan Rekaan

Pixel 6Pixel 6 Pro
Skrin6.4-inci, AMOLED
FHD+ (1080 x 2400) OLED, ~411 ppi
HDR10+, Smooth Display 90Hz
6.71-inci, AMOLED
QHD+ (1440 x 3120) OLED, ~512 ppi
HDR10+, Smooth Display 120Hz
PemprosesGoogle Tensor (5 nm) + Titan M2Google Tensor (5 nm) + Titan M2
Cip2 x 2.80 GHz Cortex-X1
2 x 2.25 GHz Cortex-A76
4 x 1.80 GHz Cortex-A55
2 x 2.80 GHz Cortex-X1
2 x 2.25 GHz Cortex-A76
4 x 1.80 GHz Cortex-A55
Cip GrafikMali-G78 MP20Mali-G78 MP20
RAM8GB RAM12GB RAM
Muatan Dalaman128/256 GB UFS 3.1128/256/512 GB UFS 3.1
Kamera Utama50MP sensor utama, ƒ/1.85
12MP sudut ultra lebar, ƒ/2.2, 114°,

LDAF, OIS, Night Sight, Action Pan, Magic Eraser
50MP sensor utama, ƒ/1.85
12MP sudut ultra lebar, ƒ/2.2, 114°,
48MP telefoto, ƒ/3.5 aperture
4x optical zoom, Super Res Zoom

LDAF, OIS, Night Sight, Action Pan, Magic Eraser
Kamera Swafoto8 MP, f/2.011.1 MP, ƒ/2.2
Bateri4614mAh
Pengecas pantas PD 30W
Battery Share
Qi 21W
5003mAh
Pengecas pantas PD 30W
Battery Share
Qi 23W
SIM/TelefoniDwi SIM nano+eSIM Dwi SIM nano+eSIM
NFCYaYa
Bicu AudioTiadaTiada
Kalis AirIP68 IP68
Sistem ImbasanPengimbas cap jari bawah skrinPengimbas cap jari bawah skrin
Harga Jualan128GB RM3050
256GB RM3499
Harga import
128GB RM4399
256GB RM4899
512GB RM5350
Harga import

Kedua-dua peranti dijana dengan cip Google tersendiri iaitu Tensor, binaan 5nm yang dipadankan dengan cip sekuriti Titan M2. GPU adalah dengan Mali-G78 MP20 yang mana cip pemprosesan Google ini dibina oleh Samsung. Memori adalah 8GB RAM atau 12GB RAM dengan storan dalaman UFS 3.1 yang boleh dipilih sehingga 512GB.

Kamera peranti adalah sama pada kedua-dua peranti, 50MP + 12MP sudut ultra lebar + 48MP telefoto, kamera swafoto pula adalah 8MP untuk Pixel 6 dan 11.1 MP untuk Pixel 6 Pro. Tetapi pada Pixel 6, hanya terhad dengan dua sensor – tiada sensor 48MP telefoto disertakan.

Pixel 6 dan Pixel 6 Pro hadir dengan rekaan yang asli daripada Google. Ia mengimbau kembali rekaan Nexus 6P oleh Huawei dengan iterasi moden dan tampak lebih minimalistik. Dalam imej pengolokan nampak aneh, tetapi di depan mata ia nampak cantik dan unik. Letak di atas permukaan rata seperti meja, tidak terjongkang-jongket, ia rata dan mudah digunakan.

Panel belakang kedua-dua peranti adalah kaca dengan mengekalkan dwi-tona warna Pixel yang terkenal. Pixel 6 di belakang adalah Gorilla Glass 6, Pixel 6 Pro pula Victus, akan tetapi kedua-duanya di hadapan adalah Gorilla Glass Victus. Peranti turut menggunakan rekaan bezel nipis dan sekata dengan rekaan skrin berlubang untuk kamera swafoto. Bar kamera di belakang memuatkan sensor kamera yang disusun secara sebaris, logo G di tengah, di bawah adalah kekisi pembesar suara, port USB-C, di atas ada lubang mikrofon, sisi kiri slot kad SIM dan sisi kanan adalah semua butang yang diperlukan.

Skrin

Kedua-dua Pixel 6 menggunakan panel OLED dengan sokongan warna HDR10+, kadar segar semula tinggi mencapai 120Hz, kecerahan yang baik serta saiz yang memuaskan iaitu 6.4-inci dan 6.72-inci. Skrin peranti bukanlah yang terbaik di pasaran, tetapi mampu memberikan pengalaman penggunaan yang mencukupi untuk pengguna rasa puas hati dan bersyukur. Kadar segar semula yang konsisten dan pantas, warna yang cerah dan cantik serta tiada masalah sentuhan yang gila selain daripada isu perisian.

Pengalaman Penggunaan

Peranti ini baik yang biasa dan yang Pro, kedua-duanya boleh dikatakan selesa di tangan. Ia menjadi mudah digunakan kerana Android 12. Rekaan ini juga adalah rekaan yang segar dan amat berbeza dengan pelbagai peranti di pasaran sekarang dengan rekabentuk lebih kurang sama.

Sebagai pengguna Pixel, Pixel 6 dan Pixel 6 Pro ini paling menarik adalah pada fungsi kamera yang unik serta pengalaman penggunaan Android 12 itu sendiri. Ia amat berbeza, hampir seakan menggunakan peranti generasi baharu dengan sistem operasi baharu. Ia masih lagi Android asli, tetapi kini padat dengan pelbagai fungsi pintar, lebih banyak pilihan kustomasi dan rasa sedap digunakan.

Walaupun begitu, apa yang tidak menarik dengan peranti ini adalah ia mudah memanas. Saya rasakan Google patut mengimplementasikan fungsi memori maya untuk membantu pengurusan memori dan juga menggunakan sistem penyejuk yang setanding dengan peranti mercu di pasaran untuk penggunaan yang berkali ganda lebih memuaskan.

Pixel 6 dan Pixel 6 Pro juga mempunyai prestasi yang baik untuk penggunaan biasa dan produktiviti asas. Sekadar aktif di media sosial, menstrim video dan muzik dan untuk web – ia antara yang terbaik. Tetapi apabila bermain permua, peranti ini bukanlah yang terbaik. Sudahlah cepat memanas, ia juga mudah menjadikan peranti lengah masa dan mengganggu penggunaan harian.

Perisian Dan Penanda Aras

Kebanyakan perkara baru dalam Android 12, telah pun saya kongsi sebelum ini. Anda boleh baca melalui pautan di bawah;

Baca: 12 Ciri Baharu Android 12 Yang Boleh Dicuba Sekarang

Material You memang memberikan pengalaman penggunaan yang cukup baru. Ia sungguh menarik dan sedap mata memandang. Google Assistant yang lebih lancar dan mudah digunakan, Widget yang lebih ceria dan bebas, carian universal, dan banyak lagi.

Cuma Pixel ini setiap tahun akan ada masalah serius yang Google akan cuba baiki dengan perisian. Faham ini adalah generasi pertama cip pemprosesan mereka dan cip berasaskan Exynos mungkin berbeza untuk dipadankan dengan kod berbanding cip Snapdragon. Masalah yang ada pada Pixel ini ada juga diberi alasan kerana sengajalah, demi melindungi perantilah dam juga pepijat demi pepijat.

Skor penanda aras untuk Pixel 6 dan Pixel 6 Pro adalah;

Pixel 6 – AnTuTu: 685,809 , Geekbenhch 5: 1022/2643

Pixel 6 Pro – AnTuTu: 647,269 , Geekbench 5: 999/2668

Ini adalah skor yang lebih rendah berbanding Snapdragon 870 dan sekitar skor minima MediaTek Dimensity 1200. Skor ini sepatutnya cukup hebat dalam permua grafik tinggi. Tetapi Genshin Impact pun perlahan, PUBG Mobile tetapan High biasa, dan Asphalt 9 pula menggunakan tetapan grafik Android 12 – mod permua tersendiri.

Mod ini cuba membantu dalam mengoptimasikan permua. Tetapi masih banyak permua tidak menyokongnya, menjadikan peranti ini tidak digalakkan untuk permua.

Kamera

Kamera Pixel 6 dan Pixel 6 Pro ini adalah antara naiktaraf terhebat dalam sejarah Pixel yang berzaman menggunakan sensor 12MP. Pixel 6 dan Pixel 6 Pro hadir dengan 50MP sensor utama, ƒ/1.85 + 12MP sudut ultra lebar, ƒ/2.2, 114° + 48MP telefoto (Pro sahaja), ƒ/3.5, 4x optikal zum, Super Res Zoom, LDAF, OIS, Night Sight dan beberapa ciri pintar seperti Magic Eraser dan Action Pan. Kamera swafoto pula adalah 8MP untuk Pixel 6 dan 11.1 MP untuk Pixel 6 Pro.

Fungsi Pintar Yang Menarik Perhatian

Magic Eraser adalah antara fungsi yang dibincangkan. Ia seakan Photoshop dengan fungsi content-aware atau fungsi yang sudah lama terbina dalam banyak aplikasi suntingan pihak ketiga. Cuma kali ia lebih mudah digunakan dengan terus terbina dalam peranti pada aplikasi galeri.

Action Pan juga seronok untuk digunakan. Ia adalah kesan kabur untuk objek/subjek bergerak seakan gambar aktiviti sukan. Semua ini terbina pada aplikasi kamera dan hanya terus tekan pengatup untuk menggunakannya.

Sampel Gambar

Walaupun ini adalah antara spesifikasi kamera Pixel yang paling gah, jika anda seorang penggguna Pixel 3 dan ke atas anda akan rasakan hasil imej lebih kurang sama kecuali pada zum untuk yang Pro. Pengguna Pixel pertama kali pula akan terkejut dengan kehebatan HDR+, mod potret dan Night Sight. Tetapi jika dibandingkan dengan iPhone 13, Pixel 6 kali ini sedikit terlebih terang dan over HDR.

Secara keseluruhan, hasil yang diberikan memuaskan. Pixel masih ada kekuatan dan kekurangan begitu juga pesaing. Kualiti imej dengan warna yang baik, butiran yang terpelihara, zum juga lebih jelas, dan sudah semestinya Pixel dengan mod potret yang memuaskan.

Hasil sudut ultra lebar juga masih menakjubkan dengan warna dan fokus yang baik. Mod malam iaitu Night Sight kali pertama saya berikan kemenangan kepada Apple. Pixel tewas kali ini. Tetapi cuba menarik perhatian orang dengan fungsi pintar seperti Magic Eraser, Action Pan atau wajah tidak akan kabur jika bergerak.

Masalah kamera Pixel 6 dan Pixel 6 Pro ini adalah pasca proses yang agak lembap dan peranti mudah menjadi panas. Ia agak menjengkelkan jika satu hari saya di luar ingin fokus kepada fotografi dan videografi.

Bercakap mengenai video pula, peranti Google Pixel kali ini mempunyai kemampuan video terbaik yang pernah Google berikan. Kemampuan rakaman resolusi tinggi dan penstabilan yang hebat. Tetapi selain daripada masalah panas, ketika video sedang dirakam kadangkala aplikasi akan tergendala dan tersangkut – terus merosakkan hasil rakaman video.

Lain-lain mod rakaman mempunyai banyak penambah-baikan yang memuaskan. Warna dan fokus yang lebih baik serta kualiti audio yang lebih sedap dan jelas.

Audio

Sistem pembesar suara Pixel 6 dan Pixel 6 Pro masih belum mampu bersaing dengan pesaing lagi. Tetapi ia cukup kuat, lantang dan enak. Cuma tiada sebarang keunikan yang menjadikan ia speaker yang sedap. Ia juga tidak seimbang, sehinggakan Google menawarkan ciri perisian Adaptive Sound untuk seimbangkan audio mengikut keadaan sekeliling pengguna.

Bateri

Bateri peranti pula adalah amat mengecewakan. Pixel 6 Pro sukar untuk menerima 5 jam SOT untuk penggunaan ringan dan hanya sekitar 3 jam SOT untuk penggunaan ekstrem. Pixel 6 pula boleh bertahan lebih 8 jam SOT untuk penggunaan gila ringan, tapi jarang sekali dengan keadaan biasa sekitar 6 jam SOT sahaja.

Walaupun skrin lancar, 120Hz pada Pixel jelas mempunyai penggunaan kuasa tinggi sehingga bateri terlampau teruk. 90Hz pada Pixel 6 dilihat lebih baik dan mampu bertahan lebih lama.

Pengecasan pula adalah sangat perlahan dengan tempoh pengecasan mencapaci dua jam untuk kedua-dua peranti. Cuma masalah pengecasan perlahan ini tidak boleh diterima kerana terlampau perlahan. Malah lebih perlahan daripada iPhone 13 yang kini lebih pantas dan memuaskan.

Telefoni Dan GPS

Panggilan telefon paling sampah. Sejak dulu lagi Pixel memang ada masalah dengan rangkaian di Malaysia. Ini kerana mereka menggunakan band yang berbeza. Kini dengan 3G sudah tiada, ia menjadi berkali ganda lebih teruk dengan panggilan telefon kerap terputus, data mudah alih gagal bersambung dan banyak lagi masalah lain.

GPS pula tiada masalah, cuma peranti sedikit cepat memanas jika penggunaan sekitar 30 minit ke atas.

Pesaing

Pixel 6 | 6 ProiPhone 13Samsung Galaxy S21
6.4-inci, AMOLED, FHD+, 1080 x 2400, ~411ppi, HDR10+, Smooth Display, 90Hz

6.71-inci, AMOLED
QHD+, 1440 x 3120 OLED, ~512ppi, HDR10+, Smooth Display 120Hz
6.1-inci, Super Retina XDR OLED,
2532 x 1170, ~460 ppi, HDR, Dolby Vision, 60Hz
6.8-inci, Dynamic AMOLED 2X, 1440 x 3200, ~515 ppi, HDR10+, 120Hz
Google Tensor (5nm)
2 x 2.80 GHz Cortex-X1
2 x 2.25 GHz Cortex-A76
4 x 1.80 GHz Cortex-A55
A15 Bionic (5nm+)
2-teras Avalanche
4-teras Blizzard
Exynos 2100 (5nm)
1 X 2.9 GHz Cortex X1
3 X 2.8 GHz Cortex A78
4 X 2.02GHz Cortex A55
Mali-G78 MP20 Apple GPUMali-G78 MP14
8/12 GB RAM
128/256/512 GB UFS 3.1
4/6 GB RAM
128/256/512 GB NVMe
12/16 GB LPDRR5
256/512 GB UFS 3.1
Kamera Utama
50MP sensor utama, ƒ/1.85
12MP sudut ultra lebar, ƒ/2.2, 114°
48MP telefoto, ƒ/3.5
Kamera Utama
12 MP sensor utama, f/1.6
12 MP, sudut ultra-lebar, f/2.4, 120˚
Kamera Utama
108MP sensor utama, f/1.8
12MP sudut ultra-lebar, f/2.2
10MP periskop, f/2.4
10MP telefoto, f/4.9
Kamera Swafoto
8 MP, f/2.0

11.1 MP (f/2.2)
Kamera Swafoto
12 MP (f/2.2)
Kamera Swafoto
40-Megapixel f/2.2
NFC
Bluetooth 5.2
NFC,
Bluetooth 5.0
NFC, Samsung Pay, Bluetooth 5.2
Tiada bicu audio 3.5mmTiada bicu audio 3.5mm Tiada bicu audio 3.5mm
Audio StereoAudio StereoAudio Stereo
4614 mAh
Pengecasan pantas sekitar 30W
Nirwayar 21W
Battery Share

5003 mAh
Pengecasan pantas sekitar 30W
Nirwayar 23W
Battery Share
3240 mAh
Pengecasan pantas sekitar 20W
Nirwayar 15W
5000mAh
Berwayar 25W
Nirwayar 15W
Berbalik 4.5W
128GB RM3050
256GB RM3499


128GB RM4399
256GB RM4899
512GB RM5350

Set Import
Bermula dari RM3,3399Bermula dari RM5,299

Kesimpulan

Dalam banyak Google Pixel, berani saya katakan Pixel 6 dan Pixel 6 Pro adalah antara Pixel yang terbaik pernah dihasilkan. Tetapi ia bukannya untuk semua orang, lebih-lebih lagi di Malaysia. Dengan masalah rangkaian yang serius dan banyak fungsi dan ciri eksklusif Pixel terhad di negara terpilih – peranti yang mahal ini akan rasa rugi dibeli.

Perisian sudah cukup pantas, audio baik, kamera bolehlah – Pixel ini untuk peminat mungkin akan memuaskan. Tetapi bateri yang lemah menjadikan peranti juga sukar untuk dicadangkan kepada orang ramai. Pixel 6 dan Pixel 6 Pro ini adalah peranti untuk mereka yang kurang menggunakan peranti secara ekstrem, lebih fokus kepada penggunaan gaya hidup, harian yang ringan. Walaupun akan ada berikan pengalaman baru yang seronok dan berbeza dengan peranti Android lain – Pixel 6 dan Pixel 6 Pro masih jauh ketinggalan di belakang pesaing.

Pixel terbaik jika anda tetap mahu ingin guna, adalah Pixel 6. Ia antara pakej lengkap terkini yang sudah mencukupi untuk merasai kehebatan Android asli, kebijaksanaan Google Assistant dan juga mampu menceriakan pengguna sepanjang hari.


Pro

  • Skrin yang baik, lancar, pantas dan memuaskan.
  • Speaker yang baik untuk Pixel.
  • Android 12 yang memberikan pengalaman penggunaan menarik.
  • Rekaan yang cantik dan unik serta selesa di tangan.
  • Kamera yang kini semakin baik.
  • Android Assistant antara terbaik pada peranti Android.
  • Sokongan kemas kini 3 versi Android.

Kontra

  • Masalah rangkaian yang serius.
  • Prestasi yang tidak hebat peranti mercu lain.
  • Bateri kurang memuaskan dengan pengecasan tidak begitu pantas.
  • Banyak pepijat pada perisian.
  • Banyak fungsi terhad dan tidak boleh digunakan.
  • Harga import yang agak tinggi.
  • Tidak dijual di Malaysia.
Komen