Vivo V23 5G Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 13 Januari Ini

Diterbitkan pada Jan 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebelum ini, kami di Amanz ada berkongsi satu laporan mengenai Vivo bakal hadir dengan peranti baharu tidak lama lagi. Dilihat enggan terus berteka-teki, Vivo akhirnya berkongsi lebih lanjut mengenainya dalam kemas kini baharu di Facebook rasminya hari ini.

Peranti yang dimaksudkan adalah Vivo V23 5G dan tarikh pelancaran untuk pasaran Malaysia telah dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan – iaitu 13 Januari 2022, jam 8 malam. Acara pelancaran ini akan diadakan secara atas talian menerusi beberapa saluran berbeza – termasuklah Facebook, YouTube, Lazada, Shopee, TikTok dan Twitter rasmi Vivo Malaysia.

Poster Pelancaran Rasmi Vivo Malaysia

Untuk makluman semua, peranti pintat ini akan membuat kemunculan awal di India terlebih dahulu pada 5 Januari ini. Setakat yang diketahui, terdapat dua model berbeza yang akan diumumkan nanti – ini termasuklah Vivo V23 5G dan Vivo V23 Pro 5G. Peranti juga dikatakan bakal hadir dengan janaan cip MediaTek Dimensity 1200, sistem tri-kamera di belakang, rangkaian 5G terbina dan memori 8GB RAM dengan tambahan memori maya mencapai 4GB.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya untuk pasaran Malaysia kelak bagi ketahui lebih lanjut mengenai penawaran peranti. Kami di Amanz bakal turut sama berkongsi perkembangan selanjutnya termasuklah harga jualan peranti kelak.

Sumber : Vivo Malaysia

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami