Pelayar Web Brave Kini Mempunyai Lebih 50.2 Juta Pengguna Aktif Bulanan

Diterbitkan pada Jan 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Brave merupakan salah satu pelayar web yang hadir dengan fokus terhadap privasi. Kini, Brave mengumumkan pelayar web mereka mempunyai lebih 50.2 juta pengguna aktif setiap bulan, dengan 15 juta pengguna aktif setiap hari.

Ini sekaligus memperlihatkan peningkatan dua kali ganda. Pada penghujung 2020, Brave mencatatkan seramai 24.1 juta pengguna aktif untuk pelayar web mereka.

Disamping itu, Brave turut menyaksikan peningkataan populariti untuk enjin carian Brave Search, selain platform pengiklanan Brave Ads yang turut berkembang secara positif.

Baru-baru ini, Brave turut telah memperkenalkan integrasi dompet digital Brave Wallet pada pelayar web mereka secara terbina, selain turut mengumumkan kerjasama dengan Solana untuk integrasi meluas pada 2022 kelak.

Bagi anda yang inginkan pelayar web dengan fokus terhadap privasi, selain ciri tambahan menarik lain, mungkin boleh mencuba Brave hari ini.

Muat-Turun Brave untuk desktop

komen


© Amanz / 2022 Kami