Carian
Tecno Memperlihatkan Kamera Makro Dengan Lensa Boleh Sentut Untuk Telefon Pintar
January 10, 2022 Effi Saharudin

Tecno bukanlah jenama yang popular di Malaysia tetapi mempunyai pegangan pasaran yang besar di benua Afrika. Pada hujung minggu lalu mereka memperlihat teknologi kamera makro pertama dengan lensa boleh-sentut. Dengan teknologi ini kamera boleh mengambil gambar makro sehingga 5X pada telefon pintar.

Selama ini teknologi kamera boleh sentut pada telefon pintar hanya digunakan untuk tujuan zum jarak jauh. Peranti paling terkenal dengan teknologi ni ialah Samsung Galaxy S4 Zoom dari tahun 2013. Walaupun teknologi telah diperlihatkan, Tecno tidak pula mengumumkan apakah peranti pertama mereka yang akan dilengkapi sistem kamera ini. Sebelum ini Tecno turut memperlihatkan teknologi sensor bergerak untuk penstabilan seperti Sensor Shift pada iPhone.

Sumber GSMArena

Komen