Selepas Penangguhan, Samsung Akan Perkenal Exynos 2200 Bersama Siri Galaxy S22

Diterbitkan pada Jan 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung sepatutnya memperkenalkan cip pemprosesan Exynos 2200 yang terbaru secara rasminya semalam. Namun, hari berkenaan berlalu pergi tanpa sebarang pengumuman.

Selepas senyap berkaitan dengannya, dan hadir pelbagai spekulasi di arena internet, kini Samsung mengatakan mereka telah memilih untuk memperkenalkan cip pemprosesan Exynos terbaru itu pada pelancaran siri Galaxy S22 kelak. Samsung turut mengatakan tiada sebarang masalah melibatkan pengeluaran atau prestasi – seperti dispekulasikan ramai.

Sebelum ini, terdapat juga beberapa spekulasi mengatakan Samsung akan menggunakan cip Snapdragon sepenuhhnya pada siri Galaxy S22, dan tiada cip Exynos pada siri Galaxy S22. Dengan perkongsian Samsung ini, ia sekaligus menolak spekulasi berkenaan.

Exynos 2200 merupakan cip pemprosesan pertama Samsung yang hadir hasil kerjasama AMD – mengintegrasikan teknologi RDNA 2 ke cip Exynos, sekaligus menawarkan prestasi permainan berkuasa tinggi.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan cip Exynos 2200 ini dalam beberapa minggu lagi. Mengikut laporan awal, Samsung dijangka memperkenalkan siri Galaxy S22 pada awal Februari 2022 kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami