Realme Mengatakan Realme Pad Tidak Akan Dikemaskini Ke Android 12

Diterbitkan pada Jan 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme Pad baru sahaja dilancarkan di Malaysia, iaitu pada bulan November 2021 lepas. Walaupun menawarkan penggunaan asas pada harga bajet, namun untuk jangka masa panjang, mungkin tablet ini tidak begitu sesuai.

Realme melalui soal-jawab mingguan mereka, menjawab mengatakan Realme Pad tidak akan menerima kemaskini Android 12. Sebaliknya, Realme mengatakan ia akan menerima kemaskini sekuriti dan juga prestasi sepanjang jangka-hayat perisiannya.

Ia agak mendukacitakan untuk melihat produk baharu Realme ini tidak akan menerima kemaskini versi sistem operasi baru. Ini bermakna, janji Realme untuk kemaskini sehingga dua tahun hanya tertakluk kepada telefon pintar sahaja buat masa ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami