Samsung Galaxy Home Mini 2 Akan Dilancarkan Kelak

Diterbitkan pada Jan 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Masihkan anda ingat dengan Samsung Galaxy Home speaker pintar yang diumumkan tiga tahun yang lalu tetapi tidak pernah dijual kepada umum? Kemudiannya semasa pelancaran Galaxy S20, Galaxy Home Mini pula ditawarkan hanya kepada sebilangan kecil pengguna di Korea Selatan. Dalam Bahasa Inggeris ada pepatah percubaan kali ketiga akan berjaya dan nampaknya Samsung akan melancarkan pula Galaxy Home Mini 2.

Imej promosi untuk Galaxy Home Mini 2 telah dikongsi oleh @MaxJmb menerusi akaun Twitter beliau. Dengan Galaxy S22 akan dilancarkan bulan hadapan, besar kemungkinan speaker pintar generasi ketiga yang menggunakan pembantu maya Bixby akan muncul dalam acara yang sama. Pasaran speaker pintar mini adalah paling hangat dengan Amazon dan Google memegang peratusan terbesar. Apple sendiri menamatkan penjualan HomePod dan memberikan tumpuan kepada HomePod Mini yang lebih kompak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami