Cari @ Amanz

PLUS kini dalam persediaan untuk memperkenalkan plaza tol dengan sokongan RFID di sepanjang laluan utara ke selatan, bermula 15 Januari 2022 ini. Ia sekaligus akan memudahkan lagi perjalanan pengguna, dan mempercepatkan pembayaran tol.

Pada masa yang sama, kini PLUS berkongsi mengatakan sedang menguji pilihan pembayaran tambahan menggunakan kad debit dan juga kad kredit.

Ujian rintis kini sedang dijalankan di plaza tol terpilih – namun ia tidak dinyatakan di lokasi mana. Untuk makluman, halaman khusus PLUS RFID dengan lokasi sokongan masih aktif dan tidak diketahui sama ada ia masih disokong di plaza tol berkenaan atau sebaliknya.

Sebelum ini, pada 2018 yang lepas, PLUS pernah melakukan ujian untuk PLUS RFID yang menggunakan kad debit dan kredit, namun menerima tentangan daripada pihak CIMB ketika itu.

Berbalik kembali, melalui pembayaran menggunakan kad debit atau kad kredit, ia akan memudahkan lagi proses pembayaran – dan tidak perlu melakukan tambah nilai kad Touch n Go. Ini juga akan memberikan alternatif kepada pengguna.

Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan pengenalan meluas penggunaan kad debit dan kredit di plaza tol tidak lama lagi – sekaligus lebih memudahkan orang ramai dalam membayar tol.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd