Samsung Dilaporkan Bakal Perkenal TV Dengan Skrin LG Pada Tahun Ini
January 15, 2022
Samsung
Aman
LG telah memulakan tahun 2022 dengan memperkenalkan beberapa skrin baharu berasaskaan OLED, selain skrin lutsinar dan sebaagainya.
Terbaru, lanjutan pengenalan berkenaan, Samsung kini dilaporkan akan memperkenalkan televisyen yang menggunakan panel daripada LG. Samsung akan membeli panel daripada LG Display, pada harga yang sama ia ditawarkan kepada LG Electronics.
Sekiranya semua berjalan lancar, kita akan melihat Samsung memperkenalkan televisyen dengan panel LG ini seawal bulan Jun 2022 ini. Sama-sama kita nantikan penawaran siri televisyen Samsung yang menggunakan panel daripada LG tidak lama lagi.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.