Oppo Find X5 Juga Mungkin Menggunakan Kamera Hasselblad

Diterbitkan pada Jan 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Peniris terkenal dari China Digital Chat Station pagi tadi mendedahkan yang Oppo Find X5 turut akan menggunakan kamera Hasselblad seperti OnePlus. Cuma keunikan pada Oppo adalah mereka menggunakan ISP tersendiri Marisilicon X.

Masih tidak pasti bila Oppo akan melancarkan siri Find X5 ini. Minggu lepas spesifikasi untuk Find X5 Pro dikatakan menggunakan skrin 6.7-inci 2K AMOLED, 120Hz dan LTPO 2.0. Dijana Snapdragon 8 Gen 1, memori sehingga 12GB RAM. Kamera dilihat menggunakan sensor 50MP IMX766, OIS + 50MP IMX766 + 13MP telefoto, manakala kamera swafoto pula 32MP.

Bateri dikatakan sama 5000mAh dengan OnePlus 10 Pro bersama dengan sokongan pengecasan pantas 80W SuperVOOC dan pengecasan nirwayar pantas AirVOOC 50W. Perisian pada peranti ini adalah ColorOS 12.1 yang berasaskan Android 12.

Dengan menggunakan Hasselblad, ciri dan fungsi kamera pada OnePlus 10 Pro mungkin akan kita lihat pada Oppo Find X5. Antara yang baru adalah mod fisheye yang popular di suatu masa dahulu dan BBK cuba menjadikannya tarikan baharu. Sama-sama kita nantikan.

komen


© Amanz / 2022 Kami