Oppo Find X5 adalah siri peranti mercu baharu sebagai pengganti kepada Find X3. Peranti ini setakat yang kita tahu akan menggunakan cip ISP tersendiri Marisilicon X, menggunakan kamera Hasselblad seperti OnePlus, skrin LTPO 2.0, dan pengecasan pantas 80W.
Terkini, tarikh pelancaran bagi peranti ini telah didedahkan oleh Digital Chat Station yang mendakwa ia akan tiba sekitar pertengahan Februari akan datang. Oppo Find X5 Pro dikatakan akan dijana dengan Snapdragon 8 Gen 1 dan Oppo Find X5 pula dijana dengan MediaTek Dimensity 9000.
Spesifikasi untuk Find X5 Pro dikatakan menggunakan skrin 6.7-inci 2K AMOLED, 120Hz dan LTPO 2.0. Dijana Snapdragon 8 Gen 1, memori sehingga 12GB RAM. Kamera dilihat menggunakan sensor 50MP IMX766, OIS + 50MP IMX766 + 13MP telefoto, manakala kamera swafoto pula 32MP.
Bateri dikatakan sama 5000mAh dengan OnePlus 10 Pro bersama dengan sokongan pengecasan pantas 80W SuperVOOC dan pengecasan nirwayar pantas AirVOOC 50W. Perisian pada peranti ini adalah ColorOS 12.1 yang berasaskan Android 12.