Cari @ Amanz

Hanya beberapa minggu yang lalu, imej panel belakang Oppo Find X5 Pro tertiris ke arena web menunjukkan ia akan dilengkapi sistem kamera Hasselblad yang sebelum ini eksklusif pada peranti OnePlus.Hujung minggu lalu, lagi imej peranti tertiris sekali lagi mengesahkan penggunaan sistem kamera ini, cip ISP MariSiliconX serta kemasan berkilat seakan cermin akan dikekalkan.

Kemasan berkilat seakan cermin pada Find X3 Pro adalah antara yang paling menarik tahun lalu keran keseluruhan panel diperbuat daripada sekeping kaca. Oppo berkata ratusan jam diperlukan untuk menghasilkan satu panel. Harus diakui rekaan bonggol kamera juga menarik kerana tidak terlalu berkotak berbanding peranti lain di pasaran.

Masih tiada maklumat bilakah Find X5 Pro akan dilancarkan secara rasmi tetapi besar kemungkinan pada penghujung Februari ketika acara MWC Barcelona. Seperti OnePlus 10 Pro, X5 Pro akan menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 1 dan Android 12.

Sumber Sparrownews

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd