Carian
Ericsson Membentuk Pusat Operasi Rangkaian Khusus Untuk DNB 5G Di Malaysia
January 26, 2022 Aman

Ericsson sedia dipilih pihak kerajaan untuk menguruskan pembangunan infrastruktur 5G di Malaysia. Terbaru, pihak Ericsson kini mengumumkan meereka telah membentuk Pusat Operasi Rangkaian (NOC) yang khusus untuk rangkaian 5G Digital Nasional Berhad.

DB 5G NOC ini akan digunakan dalam memantau, dan menguruskan masalah rangkaian, selain sekuriti dan juga KPI prestasi untuk rangkaian DNB.

Dengan langkah ini, ia akan membolehkan pengurusan rangkaian 5G secara menyeluruh. NOC ini turut menyertakan sokongan pembelajaran mesin dan algoritma tersendiri yang boleh mengenal-pasti sesuatu masalah sebelum ia terjadi.

NOC Ericsson

Pusat ini juga akan menjadi tempat dimana semua penyedia perkhidmatan (seperti Yes dan Unifi) hubungi untuk masalah teknikal, aduan pengguna, prestasi rangkaian, pembilan, dan juga sebagainya.

Buat masa ini, hanya Yes sahaja yang telah menawarkan rangkaian 5G mereka kepada umum melalui infrastruktur 5G milik DNB. Telekom Malaysia sebelum ini mengacah pengenalan pada bulan Februari, tetapi menarik kembali perkara berkenaan.

Komen