Realme 9 Pro+ Bakal Hadir Dengan Pengimbas Nadi Bawah Skrin

Diterbitkan pada Feb 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme dijangka akan melancarkan siri Realme 9 pada 15 Februari akan datang. Selepas menerima kecaman daripada peminat Realme untuk Realme 8 Pro, Realme dilihat bakal mengubah dan mengejutkan peminat dengan Realme 9 – lebih-lebih lagi dengan kehadiran model Realme 9 Pro+.

Peranti ini disahkan akan dijana dengan cip pemprosesan Dimensity 920. Terkini, Madhav Seth turut mengesahkan yang peranti Realme 9 Pro+ akan hadir dengan pengimbas cap jari bawah skrin. Tetapi bukan itu sahaja, pengimbas ini turut boleh berfungsi sebagai pengimbas nadi seperti yang ditemui pada Xiaomi Mi 11 tahun lalu.

Peranti ini turut dijangka akan hadir dengan skrin 6.43-inci AMOLED FHD+, menyokong kadar segar semula 90Hz, kamera 50+8+2 Megapixel dengan kamera swafoto 16 Megapixel, memori sehingga 16GB RAM (12GB + 4GB maya), storan dalaman mencapai 256GB serta bateri 4500mAh dengan pengecasan pantas 65W.

Sama-sama kita nantikan pelancaran peranti ini tidak lama lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami